NADI – TINY TECHIES: Animasi dalam Python Siri 1, 2 dan 3 - JAZRO CUP 2026 (Cabaran Membina Permainan Digital NADI Tiny Techies)

17 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

17 Julai 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas atas talian NADI – TINY TECHIES : Animasi dalam Python Siri 1, 2 dan 3 - JAZRO CUP 2026 (Cabaran Membina Permainan Digital NADI Tiny Techies). Para peserta wajib menghabisakan mengikuti 3 siri kelas ini bagi membolehkan mereka bersedia untuk memasuki pertandingan.

Melalui sesi ini, peserta diperkenalkan kepada asas pembangunan permainan digital menggunakan platform mBlock 5, bermula dengan pengenalan antaramuka, penggunaan blok arahan, serta konsep asas pengaturcaraan. Peserta turut mempelajari cara menghasilkan animasi, mengawal pergerakan watak, menambah latar belakang, menggunakan pemboleh ubah, syarat (condition), dan ulangan (loop) bagi menghasilkan permainan yang lebih interaktif. Selain itu, rakaman ini memberi penerangan langkah demi langkah dalam membina permainan digital secara sistematik, sekali gus membantu peserta memahami aliran logik pengaturcaraan dengan lebih mudah.

Pendedahan awal ini membolehkan peserta memperoleh asas yang kukuh sebelum menghasilkan projek permainan digital sendiri, di samping meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif, menyelesaikan masalah, dan mengaplikasikan teknologi dalam pembangunan permainan digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali